ASBABUN NUZUL
Syeikh Muhammad Abduh menyatakan bahawa masyarakat Arab apabila hari telah siang, duduk bercakap-cakap membicarakan soal-soal kehidupan dan cerita-cerita lain yang berkenaan dengan urusan hidup sehari-hari, banyak pula yang bermegah-megah asal usul nenek moyang, kedudukan serta harta kekayaan, akibatnya terjadi pertengkaran dan saling menyakiti hati sehingga menimbulkan pertikaian dan permusuhan. Melihat kenyataan yang demikian itu, sebagaian mereka ada yang mengutuk waktu 'Asar, mereka mengatakan bahawa waktu 'Asar adalah waktu yang celaka atau waktu naas, menurut mereka banyak bahaya yang terjadi pada waktu 'Asar.
Imam Syafi'i mengatakan: "Seandainya manusia mencermati surah ini (al-'Asr) secara saksama, nescaya surah ini akan mencukupi bagi mereka." [Tafsir Ibnu Katsir 8/499]
Al-Asr bererti masa yang di dalamnya berbagai aktiviti anak cucu Adam berlangsung, baik dalam wujud kebaikan mahupun keburukan.Maksud Imam Syafi'i adalah surah ini telah cukup bagi manusia untuk mendorong mereka agar memegang teguh agama Allah dengan beriman, beramal soleh, berdakwah kepada Allah dan bersabar atas semua itu. Beliau tidak bermaksud bahawa manusia cukup merenung surah ini tanpa mengamalkan seluruh syari'at. kerana seorang yang berakal apabila mendengar atau membaca surah ini, maka ia pasti akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari kerugian dengan cara menghiasi diri dengan empat kriteria yang tersebut dalam surah ini iaitu beriman, beramal soleh, saling menasihati agar menegakkan kebenaran (berdakwah) dan saling menasihati agar bersabar." [Syarh Tsalatsatul Ushul]

Imam Malik meriwayatkan dari Zaid bin Aslam :"Kata al-'Asr bererti solat 'Asar dan yang popular adalah pendapat yang pertama.